Simkad Rakyat #1Malaysia dilancar http://bit.ly/1AwMqno #beritamalaysia
"Kadar yang ditawarkan #SR1M itu mampu menarik minat pengguna telefon bimbit tanpa perlu terikat dengan bil serta caj-caj tersembunyi yang sering menjadi rungutan"
PUTRAJAYA 16 Mac - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan hari ini melancarkan Simkad Rakyat 1Malaysia (SR1M) bagi membantu rakyat negara ini mengurangkan perbelanjaan penggunaan telekomunikasi mudah alih.
Menterinya, Datuk Seri Hasan Malek berkata, kadar yang ditawarkan SR1M itu mampu menarik minat pengguna telefon bimbit tanpa perlu terikat dengan bil serta caj-caj tersembunyi yang sering menjadi rungutan.
Beliau berkata, dengan adanya simkad itu, pengguna dapat menikmati perkhidmatan yang setanding dengan jenama lain pada harga lebih berpatutan dan lebih rendah selain memberi kemudahan kepada golongan berpendapatan rendah.
“Pengguna SR1M akan diberikan akses dengan caj yang lebih murah berbanding syarikat telekomunikasi lain terutama caj panggilan dan juga penggunaan internet sekali gus dapat mengurangkan kos sara hidup yang semakin meningkat ketika ini.
“SR1M merupakan alternatif baharu bagi mereka yang memerlukan telefon bimbit sebagai alat perhubungan utama terutama untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana serta pelajar,” katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan SR1M hari ini.
-
http://www.sr1m.com.my/index.html